Saturday, July 23, 2011

***** Erti Syukur *****

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu ILAHI Tuhan Maha Pemurah
Xkan terbalas walaupun sebesar zarah….
Nikmat-nikmat  yang datang bertandang
Kadang-kala tidak dihiraukan terlepas dari pandanganku
Bila hilangnya nikmat itu barulah lahirnya kekesalan
Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terlupa
Adakala aku leka….ampunilah aku Ya Allah
Kerana aku manusia yang lemah & tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu datang tanpa jemu…
Bila terhimpit mula lah mencari & menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur iaitu syukur atas rahmatMu
Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku terlupa
Adakala aku leka & adakala ku alpa
Kerana ku manusia lemah & x berdaya
Seringkali terlupa nikmat yg kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan segala apa yang KAU berikan kpd ku
Walau luas lautan bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan ku gilap ketaQwaan sebagai perlambangan terima kasih Tuhan
Onak duri kehidupan….
Jatuh bangun adalah bersendirian
Ada hikmah yg tersimpan…yang menguji iman….
Bersyukurlah selalu sentiasalah redha & menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta sebaliknya…..
Allah Maha Mengetahui
Kan ku bertasbih selalu…..
Bertahmid berzikir padaMu…..
Sebagai tanda ku nilai rahmatMu Tuhan….
Aku bersyukur Ya Allah….segala pemberianMu padaku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya….
Memang tiada bandingan….
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu ILAHI Tuhan Maha Pemurah
Bukan milikku….pinjaman sementara…..syukur Alhamdulillah
Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku, matiku kerana Allah Yang Satu
Ku serahkan segala harta, jiwa & raga sebagai tanda cinta kpd Mu yg Esa

Sunday, May 22, 2011

kisah sebuah kehilangan ~~~ catatan sedih yang tinggal kenanga~~~~

*tersenyum tidak semestinya gembira*nangis tidak semestinya sedih*

setiap yg pergi pasti tidak akan kembali. Lumrah kehidupan & hakikat yg pastinya tidak dpt dielakkan. hanye cara menerimanya sahaja yg berbeza. semuanya merupakan ketetapan Allah yg maha Esa & telah tertulis di Luh Mahfuz sejak ditiupkan roh ke dalam rahim ibu. 
April 2004 merupakan detik yg amat payah & sukar untuk aku menerima kenyataan bagi sebuah kehilangan insan yg amat ku cintai & amat ku kasihi serta aku sayangi......Nendaku telah diambil oleh Yang Maha Pencipta dihadapanku sndiri......
pada masa itu amat sukar utk ku percaya ape yg telah aku lihat. pemergian nendaku memberi satu impak perubahan yg amat besar dalam diriku. ape yg ku fikirkan pada masa itu.....tiada lg wajah ceria yg sedia menungguku di tangga, tiada lg kata2 semangat ketika aku berada dlm kebingungan & tiada lg insan yg menaiki basikal pada setiap hari untuk ke masjid untuk menunaikan solat. 
semuanya hanya tinggal kenangan. ku rasakan dunia ini gelap & sepi tanpa suara nendaku yg amat ku kasihi. hanya linangan air mata yg menjadi peneman aku setiap hari menangisi pemergian nenda yang amat di cintai. hampir enam bulan keadaan ku begini. tiada ape yg dapat ku lakukan selain menangis & meratapi pemergian nenda yang amat di kasihi. 
pada suatu hari ada seorang ustazah memanggilku dan memujuk ku supaya banyakkan istighfar & mengingati Allah kerana kematian adalah suatu yang pasti. ustazahku memberitahuku "tiada siapa yang mampu menolak kehendak yang maha Berkuasa. sebagai hamba Allah yang masih hidup, hidup hendaklah diteruskan demi menggapai redha Allah & menjadi insan yang bertaQwa disisiNYA. hanya iman & amal shj yang membezakan manusia disisi Allah S.W.T."
kemudian aku mempersoalkan " kenapa Allah amek nenda terlalu awal sebelum saya sempat menunaikan impian nenda ? dan mengapa ustazah nak sibuk amek tahu sedangkan itu adalah nenda saya & bukan nenda ustazah?" aku memberi jawapan tanpa berfikiran waras kerana marah. kemudian ustazah ku menjawab " sekiranya awak syg kan nenda awk, awk sedekahkan al-fatihah & buat amalan yang awk boleh bantu nenda awk di dalam kubur. lagi pun, nenda awk x suke tgk awk nangis cam ni. ini bukan ape yg nenda awk harapkan. dia harapkan doa dr awk untuk dia teruskan kehidupan di alam kubur. Allah menguji awk & ambil semula nenda awk untuk menjadikan awk sbg seorang hamba yang tabah".
selepas itu aku tersentak & aku tersedar yang selama ini aku tersilap langkah dalam menilai takdir Allah. kemudian aku kembali melangkah kan kaki ke dorm untuk mencari buku-buku pengisian agama yang pernah ku baca untuk ku amalkan. dua hari selepas itu aku kembali ceria & dapat menerima ape yang telah terjadi enam bulan yang lalu. 
semakin lame kerinduan aku terhadap nendaku aku balas dgn doa & al-fatihah. bukannya linangan air mata yang hanya membuatku semakin lemah dgn hasutan syaitan agar ku melupakan Allah & menolak takdir serta ketentuanNYA. 
kini baru ku sedar bahawa setiap ape yg berlaku telah mematangkan aku. aku hanya berdoa semoga roh nendaku ditempatkan dikalangan para syuhada', org2 soleh & org2 yang diredhai Allah S.W.T.....
walaupun lima tahun telah berlalu, aku masih mengingati pesan guruku itu. syukran jazilan ustazah kerana memberikan nasihat yg amat berguna & saya doakan semoga ustazah sentiasa berada dlm rahmat & kasih Allah.
setiap ape yg terjadi telah tertulis di Luh Mahfuz......sebagai hambaNYA kita hendaklah redha diatas ketentuan NYA. 

Thursday, May 5, 2011

***RENUNGAN BUAT KAUM ADAM & HAWA***

Sesungguhnya tiada seorang makhluk pun yang sempurna dan segala kesempurnaan itu datangnya dari Allah S.W.T jua.....manusia belajar untuk ke arah kesempurnaan. Manusia yang sempurna adalah manusia yang cantik dan indah akhlaknya. Manusia pula adalah ciptaan Allah dan seelok-elok kejadian disisi Allah S.W.T. Kelebihan  dan keistimewaan manusia adalah kurniaan "Akal". Harta yang perlu dijaga, disemai, dibaja dan disiram setiap masa adalah iman dan islam dan akan menghasilkan buah-buah taQwa yang harum baunya.


****Renungan untuk kaum hawa****
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad, Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Tidak pula setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa, apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang soleh..
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah Nakoda kapal, Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penonton kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singasananya,
Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami sinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukan pula Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah … Amiiin

****Renungan untuk kaum adam****
Pernikahan atau perkahwinan, Menyingkap tabir rahsia..
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Dan tidak pula setabah Fatimah …
Justeru Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah…
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya …
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
bukanlah pula Sayyidina Ali Ra,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh … Amiiin
*******************************************************************

Thursday, April 7, 2011

sejarah kamal ataturk.......

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel…… Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.
Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah belaiu mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluan kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memeujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memeasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.
Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalahadalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Friday, January 14, 2011

*****Hari KEHANCURAN*****

 Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.  
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Wednesday, January 12, 2011

TIKET PERJALANAN PERCUMA - Satu Perjalanan Yang Pasti

Nama sebenar : Hamba Allah
Gelaran : Insan
Berasal : Tanah
Alamat : Planet Bumi


Maklumat Tentang Perjalanan


  • Tempat Berlepas        : Kehidupan Dunia
  • Tempoh Perjalanan     : Cuma Seketika & Beberapa Meter Dalam Perut Bumi
  • Destinasi                     : Akhirat
  • Masa Berlepas            : Ketika Didatangi Malaikat
  • Masa Hadir                 : Ketika & Selepas Nyawa Dicabut
  • Bentuk Tempahan       : Tetap, Pasti & Tidak Berubah
Syarat-Syarat Perjalanan


  • Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia & menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda semua (Pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang masih belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyatan yang terdapat di dalam Al-Quran & Hadith-Hadith Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulama' & cendiakawan.
Barang Muatan Yang Dibenarkan
  • 5 Meter kain kapan putih
  • Kapas putih yang secukupnya
  • Muatan lain yang dipertimbangkan :
  1. Amal soleh 
  2. Sedekah Jariah
  3. Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
  4. Ilmu yang bermanfaat 
Perhatian
  • Lain-lain makanan yang ditegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.
Saat & Waktu Berlepas 
  • Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport @ tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.
Di Ulang
  • Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap & pasti yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda semua mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.
* Terima Kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada anda   semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik. Sesuai dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Kahfi (ayat : 110) yang bermaksud: "dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani".
"Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerkjakan amal yang soleh & janganlah pula ia mempersekutukan Allah dengan sesuatu".